Monday, January 07, 2008

2008 - HIJRAH KE SEGAMAT JOHOR

Selamat tinggal 2007. Ini bermakna selamat tinggal bumi sarawak. Rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan yang ramai membantu semasa di Sarawak. Kalau nak ditulis satu persatu terlalu panjang. Cukuplan saya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua staff & pelajar UiTM Sarawak yang banyak membantu saya selama 4 tahun saya di Bumi Kenyalang. Biarlah saya abadikan kenangan indah di Sarawak sehingga akhir hayat. Sampai satu masa nanti saya pasti teringin untuk kembali bertugas di sana....mungkin sebagai pensyarah kontrak.hee kerana susah sangat orang Malaya (semenanjung) nak datang bertugas di sana.

Episod 2007 telah berakhir dan 31 Dis. 2007 aku melapor diri di UiTM Segamat. Satu hijrah lagi yang perlu aku lakukan..Aku memilih Segamat kerana dekat dengan ibu bapa yang kian uzur dan dah lama aku tinggalkan. Alhamdullah, ketika ini ku masih sempat bersama ke dua ibu bapaku.

2007 tak banyak aku menjenguk dan menulis di blog ini....hampir tidak ada satu catatan pun. Tugas sebagai Ketua Program FPM di UiTM Sarawak terlalu bayak mengambil masa ku. Kebetulan bila sampai di UiTM Segamat aku mendapat seorang pegarah yang memang suka menulis di Blog. Terima kasih Prof. Dr. Kamil yang memberi satu inspirasi baru utk aku terus menulis dalam blog ini. Sila lawati Blog Prof. Kamil..http://muhdkamil.net/mystory/

2008 ini aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu cerita dalam seminggu untuk tatapan rakan yang lain.

No comments:

LinkWithin